Event 2022

Seminar Tatatertib Taklimat Keberhutangan Serius


Venue : Google Meet
Time : 10.00am - 12.00pm
Date : 17 Nov 2022

This seminar was organized to raise awareness and provide information to all UniMAP members about the consequences of being labelled as having substantial indebtedness.

Taklimat ini diadakan bagi memberi kesedaran dan makluman kepada semua warga UniMAP tentang implikasi apabila disenaraikan di dalam kategori keberhutangan serius.

Seminar “Integriti Dan Tatacara Kerja Luar Dan Memiliki Syarikat Sendiri”

Venue : Auditorium, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin
Time : 9.00am - 01.00pm
Date : 31 Oct 2022

This seminar is necessary to increase civil servants' understanding and knowledge of laws, regulations, and governance pertaining to doing outside work or owning a business, as well as the conditions that must be met prior to being permitted to do outside work and the responsibilities that must be assumed by all parties involved.

Keperluan seminar ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan undang-undang, peraturan dan tadbir urus di dalam melakukan pekerjaan luar atau memiliki syarikat sendiri dalam kalangan penjawat awam dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum dibenarkan untuk melakukan pekerjaan luar serta tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pihak yang berkenaan.

Taklimat “Ponteng Kerja: Apa Kesannya?” Siri II Bertugas”

Venue : Bilik Seminar Siantan, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Time : 3.00pm - 5.00pm
Date : 01 Jul 2022

Due to popular demand, Series II was held for those executive staff members who were previously unable to attend the briefing.

Di atas permintaan ramai, Siri II telah diadakan bagi staf pelaksana lain yang tidak dapat menyertai taklimat sebelum ini.

Taklimat “Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas”

Venue : Auditorium, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin
Time : 9.00am - 12.00pm
Date : 24 Jun 2022

Give information regarding the methods and measures that can be taken against absent employees.

Memberi penerangan berkaitan cara-cara dan tindakan yang boleh diambil ke atas staf yang tidak hadir bertugas.

Taklimat “Ponteng Kerja: Apa Kesannya?” (Staf Pelaksana)

Venue : Google Meet
Time : 9.00am - 12.00pm
Date : 23 Jun 2022

Give explanations regarding the consequences of being absent from duty.

Memberi penerangan berkaitan implikasi jika tidak hadir bertugas.


Seminar “Tanah Universiti Awam Berstatus Hakmilik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) : Sejauh Mana Kebenaran PTP Diperlukan Bagi Perlaksanaan Aktiviti Berkaitan Tanah?”

Venue : Auditorium, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin

Time : 9.00am - 12.00pm
Date : 23 Mei 2022


This seminar aims to increase understanding and knowledge regarding laws, regulations, and governance in the use of UniMAP lands owned by the Federal Land Commissioner among UniMAP staff and officers, particularly those from PTj/ Departments directly involved in activities involving the use of land and building premises at UniMAP.



Tujuan seminar ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengertahuan berkaitan undang-undang, peraturan dan tadbir urus di dalam penggunaan tanah-tanah UniMAP di bawah hakmilik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di kalangan staf dan pegawai UniMAP terutamanya dari PTj/ Jabatan yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti berkaitan penggunaan tanah-tanah dan premis-premis bangunan di UniMAP.

Lawatan Kerja Ke Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia (USM) Dan Bengkel Pelan Strategik Pejabat Penasihat Undang-Undang Dan Integriti (PPUU&I)

Venue : Universiti Sains Malaysia (USM), Penang & Gopeng, Perak
Date : 18 - 20 Mei 2022


The purpose of this business trip is to discuss the University's legislation, rules, and regulations.
The purpose of this workshop was to further enhance the governance in the PUU&I Office so that the staff's working techniques, passion, and confidence may be reinvigorated for the sake of efficient work processes.

Lawatan kerja ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan input berkenaan statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Universiti.
Bengkel ini diadakan untuk memantapkan lagi tadbir urus di Pejabat PUU&I agar cara kerja, semangat dan keyakinan staf dapat disuntik kembali demi kelancaran proses kerja.

Bengkel Pemurnian Prosedur MoU/ MoA 2.0

Venue : Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Bendahari, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin

Time : 9.30am - 11.00am
Date : 25 April 2022

This workshop is a continuation of the MoU/MoA Procedures Coordination Workshop, which was held on March 4, 2021, to update the Rules for Signing University Memorandums and Agreements (Procedures) (2020), where changes to the existing MoU/MoA processes were made.

Bengkel ini adalah rentetan daripada Bengkel Penyelarasan Prosedur MoU/MoA yang telah dibuat pada 4 Mac 2021 lepas bagi meminda Kaedah-kaedah Pemeteraian Memorandum dan Perjanjian (Prosedur) Universiti (2020) yang mana terdapat penambahbaikan prosedur MoU/MoA sedia ada.

Taklimat Kaedah Penyeteman Duti Setem dan Pendaftaran Sebagai Ejen Admin Di Peringkat Pusat Tanggungjawab

Venue : Auditorium, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin

Time : 9.30am - 11.00am
Date : 21 Jan 2022



This briefing is necessary since stamp duty settlement is completed online and requires a registered admin agent.

Each Ptj/faculty must appoint at least one administrative agent for stamp duty purposes.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah kerana kaedah penyeteman duti setem dibuat secara atas talian dan memerlukan agen admin yang berdaftar.

Setiap Ptj/fakulti perlu melantik sekurang-kurangnya seorang agen admin bagi tujuan penyeteman duti setem.