HISTORY AND BACKGROUND OF LEGAL ADVISOR & INTEGRITY OFFICE

The Legal Advisor & Integrity Office initially began as a small unit known as the Legal Unit, established on March 28, 2006, following approval from the 41st University Management Committee meeting. This unit consisted of administrative officers with bachelor’s degrees in law and expertise in providing legal advisory services.


On October 13, 2016, during the 104th University Management Committee meeting, a decision was made to rename the Legal Unit to the Legal & Integrity Unit, effective from November 1, 2016. This unit was headed by a Senior Legal Officer and consisted of two sections: the Integrity Section and the Legal Section.


In July 2019, the Legal & Integrity Unit was upgraded to a full department, now known as the Legal Advisor & Integrity Office. The office is officially led by a Legal Advisor appointed by the University’s Board of Directors. The Legal Advisor & Integrity Office, or “Pejabat PUU” for short, now boasts a well-established and efficient organizational structure, with five units or sections under its wing. This includes a Head of the Integrity Unit, three legal officers, and an administrative officer who assist the Legal Advisor in the daily operations of the Pejabat PUU, alongside five administrative assistants who complete the office team.


SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG & INTEGRITI

Pejabat Penasihat Undang-Undang & Integriti pada awalnya adalah sebuah unit kecil yang dikenali sebagai Unit Perundangan yang ditubuhkan pada 28 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti kali ke-41. Unit ini terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir yang berkelulusan ijazah sarjana muda undang-undang dan berpengetahuan dalam hal-ehwal penasihatan berkaitan perundangan.


Pada 13 Oktober 2016, Jawatankuasa Pengurusan Universiti melalui mesyuarat kali ke-104, memutuskan penukaran nama Unit Perundangan kepada Unit Perundangan & Integriti berkuatkuasa mulai 1 November 2016. Unit ini diketuai oleh Pegawai Undang-Undang Kanan dan ia terdiri daripada dua seksyen, iaitu Seksyen Integriti dan Seksyen Perundangan.


Seterusnya, pada Julai 2019, Unit Perundangan & Integriti telah dinaik taraf kepada sebuah jabatan yang dikenali dengan nama Pejabat Penasihat Undang-Undang & Integriti dan secara rasminya diketuai oleh Penasihat Undang-Undang yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti. Pejabat Penasihat Undang-Undang & Integriti atau singkatan rasminya disebut “Pejabat PUU” kini mempunyai struktur organisasi yang mantap dan efektif bersama lima unit atau seksyen di bawahnya. Terdapat seorang Ketua Unit Integriti, tiga pegawai undang-undang dan seorang pegawai tadbir yang membantu Penasihat Undang-Undang dalam urusan perkhidmatan harian yang dijalankan di Pejabat PUU di samping lima orang pembantu tadbir bagi melengkapkan pasukan pejabat PUU.