EVENT 2026
Rangkuman Lawatan Pejabat PUU ke Parlimen Malaysia
25 Jun 2026
Parlimen,Kuala Lumpur
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam mengenai proses penggubalan undang-undang negara, sistem demokrasi berparlimen, serta struktur perundangan tertinggi Malaysia. Selain memperkukuh pengetahuan profesional delegasi Pejabat PUU, lawatan ini juga menjadi platform terbaik untuk bertukar-tukar pandangan demi memantapkan lagi tadbir urus undang-undang di peringkat universiti khususnya di UniMAP.
Pejabat PUU turut berkesempatan untuk membuat kunjungan hormat ke atas Encik Mohamad Tarmizi bin Ahmad, Penasihat Undang-Undang I Parlimen dan turut hadir Encik Muhammad Taufiq bin Abd Rahman, Penasihat Undang-Undang II Parlimen bagi sesi ringkas perkongsian ilmu perundangan khususnya yang melibatkan isu-isu perundangan di Parlimen.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan Parlimen Malaysia atas sambutan yang amat baik dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
Sesi Kunjungan Hormat dan Sinergi Perundangan Lawatan Kerja Delegasi Majlis Penasihat Undang-Undang Universiti Awam Malaysia (MPUU)
26 Jun 2026
Jabatan Peguam Negara Malaysia
Sesi Kolaborasi Perundangan UniMAP-UMT ke Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Terengganu
Pulau Bidong Kuala Terengganu - 9 & 10 Julai 2026 (Khamis & Jumaat)
Telah berlangsung Sesi Kolaborasi Perundangan UniMAP-UMT ke Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Terengganu.


