Zainudin Zainon
Penasihat Undang-Undang
Penasihat Undang-Undang
Dari Meja Penasihat Undang-Undang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Integriti (Pejabat PUU), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kami mengalu-alukan kehadiran para pengunjung ke platform rasmi ini yang berfungsi sebagai medium penyampaian maklumat, rujukan perundangan serta hebahan aktiviti berkaitan peranan dan fungsi Pejabat PUU.
Pejabat PUU ditubuhkan bagi menyokong aspirasi UniMAP sebagai institusi pendidikan tinggi yang berteraskan kecemerlangan akademik, tadbir urus yang mantap serta budaya kerja berintegriti. Dengan struktur organisasi yang sistematik dan barisan pegawai yang berpengalaman, Pejabat PUU berperanan sebagai rakan strategik kepada pengurusan universiti dalam penyediaan khidmat nasihat undang-undang, pengurusan kontrak, pematuhan peraturan, pengurusan risiko perundangan serta pelaksanaan inisiatif pemerkasaan integriti institusi.
Kami sentiasa komited untuk memastikan setiap urusan pentadbiran dan operasi universiti dilaksanakan secara telus, berakauntabiliti dan mematuhi kerangka perundangan yang berkuat kuasa, sejajar dengan prinsip tadbir urus baik serta nilai profesionalisme sektor awam.
Sehubungan itu, para pengunjung adalah digalakkan untuk sentiasa melayari laman web Pejabat PUU bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan, garis panduan, pengumuman serta aktiviti yang dianjurkan. Diharapkan platform ini dapat dimanfaatkan sebagai pusat rujukan yang berautoriti dan menyokong ekosistem pengurusan universiti yang cekap dan berintegriti.
Sekian, terima kasih.
Our Activities
Here are our recent activities
-
Penyerahan Laporan Tahunan 2024 Pejabat Penasihat Undang-Undang Dan Integriti Universiti Malaysia Perlis
-
Kursus Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) - Siri 1
-
Delegasi Majlis Penasihat Undang-Undang Universiti Awam Malaysia
-
Sesi Libat Urus Bersama Pusat Perumahan Pelajar Dan Jabatan Keselamatan
-
Kunjungan Hormat Ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis
-
Majlis Peluncuran Buku Pelan Antirasuah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
-
Legal Aid Day Pejabat Penasihat Undang-Undang & Integriti
-
Lawatan Penanda Aras Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (PPU UKM)
-
Lawatan Penanda Aras Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
-
Lawatan Penanda Aras Ke Pejabat Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
-
Bengkel Pelan Strategik Pejabat Penasihat Undang-Undang Dan Integriti (Pejabat PUU)
-
Taklimat Oleh Penasihat Undang-Undang Mengenai Pelaksanaan Kontrak Perolehan Yang Dikendalikan Sendiri Oleh Jabatan Pembangunan
- Penyerahan Laporan Tahunan 2024 Pejabat Penasihat Undang-Undang Dan Integriti Universiti Malaysia Perlis
- Kursus Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) - Siri 1
- Delegasi Majlis Penasihat Undang-Undang Universiti Awam Malaysia
- Sesi Libat Urus Bersama Pusat Perumahan Pelajar Dan Jabatan Keselamatan
- Kunjungan Hormat Ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis
- Majlis Peluncuran Buku Pelan Antirasuah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Legal Aid Day Pejabat Penasihat Undang-Undang & Integriti
- Lawatan Penanda Aras Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (PPU UKM)
- Lawatan Penanda Aras Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Lawatan Penanda Aras Ke Pejabat Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
- Bengkel Pelan Strategik Pejabat Penasihat Undang-Undang Dan Integriti (Pejabat PUU)
- Taklimat Oleh Penasihat Undang-Undang Mengenai Pelaksanaan Kontrak Perolehan Yang Dikendalikan Sendiri Oleh Jabatan Pembangunan